Friday, 4 May 2018

Assalamualaikum...


Assalamualaikum readers. Jangan pelik dan terkejut. Anda berada di ruangan blog yang betul. Hahaha XD Saya cik Fadzilah Sazali masih sama seperti dulu. Wanita pendiam dan pemalu tahap serius 🙃. Keseriusan saya ni boleh dibuktikan melalui gambar ayu di atas. Maaf 😂😂 Ehemm serta kpopers tegar. Ke-kpopersan saya ini tidak lah membahayakan kesihatan mental serta jiwa yang melampau. Masih boleh dikawal dengan tahap kewarasan manusia normal. Alhamdulillah.. (World tour Wanna One tak pergi 😪)

Anyway entri saya kali ini sebagai pemulaan atau misi pembersihan blog setelah sekian lama ditinggalkan. Mari sama-sama kita membasmi kuman dan juga bakteria yang telah lama berkampung di ruangan blog saya ini. (Apa kena mengena kita ye dak? Cek sorang jaaa) Saya memulakan blog ni masa zaman persekolahan. Pemikiran dan juga cara penyampaian yang sangat tidak matang. Mungkin ada sedikit sebanyak post yang kurang menyenangkan atau berbau aduan luahan perasaan. (Kau hengat ni diary??)

Jadi sekiranya ada penulisan atau karangan yang telah saya karang mengguris hati sesetengah pihak, saya ingin menyusun kesepuluh jari saya (yang masih cukup dan sempurna anugerah pemberian dariNya) memohon ampun dan maaf. Saya seorang yang pendiam dan pendendam. Bukan pendendam sakit hati dengan orang nak cari gaduh tu. Tidak sama sekali yaaa 🙅. Seorang yang suka pendam perasaan dan tanpa sengaja atau disengajakan jari jemari yang helok halus kecik molek ni dengan pantas menaip papan kekunci meluahkan apa yang tebuku dihati melalui blogging. Cehhhh (actually ila nak try jadi macam penulis buku kejap. Penggunaan kata mesti kena power. Acahh)

Saya akan mula aktif dunia blog dan start sharing perkara yang boleh mendatangkan kebaikan bersama. Saya suka share apa yang saya baca. Kalau baik untuk saya, baik juga untuk readers. Sekian.. Assalamualaikum 😎


Fadzilah Sazali

Thursday, 16 March 2017

Tutorial: Custom SCM Music Player


Hai, annyeong! Tutorial blog kali ni ila nak ajar macam mana nak custom made SCM player jadi lebih cute dan menarik! Contoh macam ila tengah guna sekarang. Lets get started!

First pergi sini . *Click setiap gambar untuk tubesaran :)


Pilih custom SCM player yang korang minat then click choose. Next akan keluar macam ni


Click next tu ^^ Lepastu akan keluar macam ni


URL untuk lagu korang boleh copy paste dari youtube. Just pilih lagu apa yang korang suka dekat youtube. Copy paste link youtube kat sini. Banyak mana lagu pon tak kesah. Then click next!



After korang click done, copy code tu utk blog korang. Selamat mencuba! If anything nak tanya just tinggalkan comment korang di cbox ila kat tepi ni. Love u :3


Fadzilah Sazali

Friday, 27 January 2017

Tips Rajin Berkerja Bila Takda Kerja



Assalamualaikum readers sesayang ila semua >.<

ila dah tak banyak update blog and dah lama gila tak post. rasa pelik dan janggal ni. haha :D padahal takda siapa pon nak baca kaaaaaannnnnnnn. 

ila selalunya rajin post apa yang ila dah baca and bila ila rasa nak share, ila akan share sini. pastu ila credit blog atau website entry tu. sekarang ni bila laptop sendiri pon dah takdak (masa study industrial design dulu, habis jahanam laptop hambe motherboard apa board rosak) and now bekerja as a playground designer local supplier taman permainan kat malaysia ni *designer tahik kucing* XD but im still proud *muke bangga* hahaha

tapi hari ni pahal pulak tetibe nak update post kan.. dah tu merapu apa pulak. actually ila bosan uols. kat office tak banyak kerja awal awal tahun. tender pon tak masuk. lagi pulak semua da start cuti CNY makin malaih laaa.. jadi patung cendana depan pc ni kau ghase? time ni la ila rasa nak acah acah rajin busy typing depan pc office ala ala buat ada kerja la katakan. diam tau!

so... cerita punya panjang ila sebenarnya nak share TIPS RAJIN BERKERJA BILA TAKDA KERJA. tajuk entry takda kena mengena pon. cuma lebih kurang lah kan. bila hang takdak kerja kat office tu tapi bos pulak ada, hang bajet bajet busy la macam ceq dok typing typing tekan keyboard sekarang ni. acah acah jeee. lagi satu nak buat masa tu cepat jalan. bila dok online insta ke twitter je lambat gila wey jam tu bergerak. so ila ambik tips yang berguna ni *tips sendiri*

fyi nak follow pon okey tak follow lagi baguih. betul kan? *jangan follow saya*

tips yang berguna ni hanya untuk orang orang yang malas macam saya dan anda. Hang buat la apa yang patut kat office tu bila takda kerja. apaaa laaa

terima kasih sudi membaca coretan sang ila yang gila. lap u muah ;3

Fadzilah Sazali

Saturday, 30 August 2014

20 tanda lelaki serius dalam percintaan



Berikut adalah tanda-tanda seorang lelaki serius dalam menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita:

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.





iela wookie 

Saturday, 10 May 2014

cara minta putus!


"When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah.."

1. Bercakap dengan cara baik

Tak de orang yang boleh terima if tiba-tiba je putus dengan sebelah pihak je. so, kalau korang ingin putus, lebih baik bercakap dulu dengan pasangan. Ungkapkan apa yang korang rasakan selama ni, and biarkan dia luahkan perasaan dia gak. so, tidak akan ada mana mana pihak yang merasa dihakimi.

2. Alasan yang jelas

Tidak memberikan penjelasan mengenai alasan korang minta putus, boleh buat dia jadi sakit hati. sebabnya, kalau nak minta putus, pastikan korang dah ada alasan yang jelas and masuk akal. Mungkin dengan alasan tersebut, dia akan lebih mudah menerima keputusan korang untuk minta putus?

3. Jangan pernah emosi

Usahakan untuk tetap tenang dan jangan pernah emosi, marah marah time jawab semua pertanyaan dari dia. Jelaskan secara detail so that dia lebih mudah menerima alasan korang minta putus. dengan cara ni dia tidak akan rasa sakit hati dan marah :)

4. Pilih tempat yang sesuai

Memutuskan pasangan di tempat awam boleh buat dia rasa malu dan of coz sakit hati! sebabnya sangat penting untuk korang membaca situasi and keadaan sekeliling. Jangan sampai korang jadi tontonan orang sebab dia tiba-tiba nangis karena korang putuskan hubungan.

5. Putus secara face to face

Jangan sesekali korang minta putus dengan dia melalui SMS, e-mail, voice mail, atau call sekalipun! korang harus jumpa dia, walaupun susah tapi korang kena berani. sebabnya tidak ada yang lebih baik dari bercakap depan face to face.

credit: ciricara.com edit by me

iela wookie