Thursday 4 July 2019

Cinta Dating Apps? Boleh percaya ke tak?


Assalamualaikum..
Hi readers! 👋🏻

Dah lama sangat ni tak post any entri baru dalam blog. Setahun lebih. Tiba tiba muncul dengan tajuk besar Cinta Dating Apps? Boleh percaya ke tak boleh percaya? 🤭

Sesetengah orang tak kesah kenal new guy or girl through socmed platform or if memang niat nak date someone, korang start download tinder or any dating apps. Kan? Ada jugak yang dah ada partner tapi gatal teloq dia nak pi main jugak. Ila taknak cakap lelaki je tapi perempuan pon banyak perangai macam ni sebenarnya. Tapi tu lah. Sebab perempuan ni lebih suka “spill tea” cakap macam-macam pasal lelaki trash kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Betul tak?

Okay lah back to main topic kat sini. Nak tanya korang yang terbaca post ni. Percaya or tak? Kenapa korang kat sini? Tengah bertinder? Ila nak share pengalaman sendiri. Sebab tu lah boleh pong pang pong pang cerita pasal cinta dating apps. Unfortunately story yang ila nak share ni yang elok-elok je. Kalau korang cari negativity bukan kat sini. Maaf 🤭


Ila kenal dengan Encik soon to be husband through dating apps jeee. Bukan tinder tapi “omi”. Halamak macam comel je bunyi. Tengok orang yang main jugak lah 😂 maafkan saya sebab bersikap riak dengan diri sendiri hahahahah. Anugerah. Kena bersyukur!


Kenapa start main dating apps? Of course lah tujuan utama nak cari jodoh. Jodoh tak datang sendiri bergolek depan mata. Kau tunggu jodoh datang sendiri? Ikut korang lah. Melainkan kau banyak kenalan lelaki yang ramai nakkan kau. Citer macam aku ni takda sape yang nak hahahaha. Ada okay! Memilih je. Eh nak buat laki kan? Normal lah kalau memilih.

Macam mana boleh terfikir nak "cari jodoh" guna dating apps? Ila tak terfikir langsung nak kenal any random guy kat apps. Tak pernah tahu pon apps macam ni wujud. Serius. Maybe sebab ila desperate sangat nak cari "the one" time tu jugak lah keluar ads kat sponsored instagram "OMI". Banyak kali babe. Then ila macam apebenda natang omi ni semak betul ada kat iklan ig aku. End up... Install jugak! Nak tahu je mula mula.

Dok bukak account isi detail sana sini apa semua pastu dia ajar lah sikit sikit. Kalau kau suka mamat ni slide kanan. Tak suka slide kiri. Dah suka sama suka termatch baru lah boleh start chating chating flirting flirting. Macam best je kan? Hari hari jugak lah main benda ni taknak stop. Addict doh nak cari boyfriend 🤭. Biasalah orang tengah kesunyian. Dah lama babe hidup single. Why not kenal "the one" kat dating apps. Yang tengah kemurungan, hidup sendu, baru lepas break up, emak bising soh bawak balik bakal menantu tu cepat cepat lah install.


Okay sebelum tu ini bukan iklan berbayar omi. Ini review tulus ikhlas dari pengguna omi. Aduhhh hahahaha

Ingat main dating apps ni kenal sorang dua terus sangkut ke? Tidak ye kawan-kawan. Itu kalau nasib kau sangkut dengan jodoh kau cepat. Itu pon kalau betul jodoh kau kat dating apps. Tiba-tiba jodoh sebelah rumah je hek eleh. Tapi dalam kes ila ni agak cepat? Eh? Start main tak ingat around end of Sept 2018 pastu kenal dia Oct 2018? Takkan start main Oct? Cepat gak ea 🤔. Tapi pernah lah sampai tahap slide slide tu dah takda orang langsung dia pi bagi orang palembang jawa timur mana tah.

Kenal dengan orang pelik pelik tak? Tipu kalau tak kenal yang pelik pelik. Korang kalau rasa macam tak selesa chat dengan that guy. Stop. Chat dengan orang lain. Simple. Tujuan utama dating apps ni sebab korang serius nak cari partner life korang. Kan? Of course nak yang selesa bila chat. Tu macam first impression bila korang nak kenal dengan someone new. Yang boleh buat kawan. Jadi geng. Satu kepala. Tiba tiba eh terjatuh cinta pulak 🤭. Lainlah tujuan korang setakat nak flirt flirt je.


How to start a conversation first? Sesetengah perempuan still malu nak start dulu or still fikir man should go first. Sayang sayang semua, kena ingat benda ni okay. Lelaki ramai yang pemalu! Oh god! Korang main dating apps kot. Korang slide kanan tetiba you like each other. Baru boleh chat kan? Maksudnya kat sini that guy suka korang jugak. Of course dia tengok appearance first lah. Korang pon sama. Then apa lagi? Chat! Nak buat orang lain or stranger minat kat korang tips dia simple je. Just be yourself and confident. Make a first move. Itu yang ila buat.

That guy nak jumpa korang? Make sure korang rasa yakin nak jumpa dengan lelaki tu. Jangan baru sehari dua chat ajak jumpa then korang pon onz. Kite taktau dengan siapa kita nak jumpa. Aware dengan lelaki yang suka ambil kesempatan. For lelaki pulak kot kot terbaca writting aku yang bersepah ni keep in your mind. Jangan lah baru chat dengan sorang awek ni pastu ajak jumpa. Don't be such a gelojoh guys. Perempuan tak suka lelaki yang gelojoh. Be gentle and tunjukkan kejantanan anda. Make it slow and control macho. Jangan poyo sangat.


Macam mana nak tau dia suka korang ke tak? Patut ke korang yang mintak number dia dulu kalau dia tak mintak? Weyyy nak bagi tahu sikit. Dating apps ni kite kenal dengan ramai orang. Tah mana mana. Let say tiap tiap hari dia on apps tu then chat dengan kau semata mata nak say hi, tanya dah makan ke? Cliche kan? Obviously dia nak kenal dengan kau. Takkan lah dia nak say hi dengan semua orang yang dia kenal kat apps tu. Melainkan dia buaya. Dia tak mintak number kau lagi? Girls, don't wait. Make a first move. Macam ila sendiri. I don't wait. He's so noob i tell you lah. Dah bagi hint but still kennot go. Ila tak mintak number dia. Bagi number terus. Settle.

 - Hi abang Mir, if you read this just wanna say thank you for calling me that time. I love you. *mini love*. -

Ni ila just share pengalaman ila sendiri kenal lelaki through dating apps and last last end up bercinta. Pastu acah acah macam bagi tips. Alamak poyo gila kan? Memang mula mula tu kite tak kenal sangat background lelaki tu macam mane. Elok ke tak elok. Bila kite start nak kenal, slow slow kite akan tahu. Take time.

Korang boleh nampak sendiri and rasa lelaki ni serius ke tak through dia punya effort. Ila sendiri kenal dengan dia and dapat rasa yang dia betul betul serius nak kenal dengan ila start dia sanggup turun dari kulim ke kl semata mata nak jumpa dengan ila. Bukan drive tapi naik public transport. Ila sangat sangat appreciate apa yang dia buat.

Last sekali, please selalu ingat benda ni. There must be a reason why we met with someone and end up like a shit. Maybe someone better is waiting for you. And there must be a reason why He made you meet with someone this way and not that way. Maybe this way is better than that way.

Sekian. Happy reading

Fadzilah Sazali

39 comments:

  1. hi sis...xde ke ig or fb boleh follow huhuk

    ReplyDelete
  2. Tapi omichat ni kena bayar... Kalau kita nk tau sape yg suka kita balik. Tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sis main dulu takda bayar pon. sekarang ni je bila dah ramai sgt opan acc kena bayar

      Delete
    2. tak ada pun kne bayar
      kalau kita slide kanan and org tu pun slide kanan profile kita so kira match dah. kalau bayar tu just nak tgk siapa je yg minat kita or kita nak notify or yg kita suka.

      Delete
  3. Nk tsnya, omichat ni mmg kena bayar ke? Sbb dia minta byr if nk tau sape yg like kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu bayar pon takpa. sbb omichat ni kite boleh chat dgn org yg like each other je. rugi bayar klu setakat nak tau siapa yg like kite.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Salam, cmana nk thu spe orng yg like ngn mesej kita sbb dia kabur nk tngok kna bayar berbaloi ke..top up RM 20 plak tu sebulan...bru start main dlm seminggu ada 3 message yg hantar dri liker

      Delete
    4. Wasalam, bagi sis berbaloi ke tak depends pada personal. Klu rasa curious sgt nak tau siapa yg like kita and tak kesah if nak chat dgn stranger yg kita tak like pon profile dia then go on. Bayar. Klu pendapat sis, awak baru je main omi so better tak perlu. Awak try kenal and chat dgn person yg sama2 like each other dulu. Klu dah tak jumpa yg ngam and serasi then awak rasa nak chat dgn "stranger" tu baru awak bayar.

      Delete
  4. Sis, saya dah chat dgn sorang guy ni like for a while jgk la. Tapi masalahnya kitorang chat sehari tu dua tiga kali je lepas tu jwpn pn dia bg sepatah2. Tak sure la dia nk main2 ke apa kan tapi setiap hari tu dia akan chat la. Bila saya make a move dia mcm bt xtau je. Xtau la rasa berbaloi ke x main omi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anis, maybe awak belum jumpa lagi org yg betul2 serasi. Keep trying, sis dulu pon chat dlm sehari beberapa org. Kenal 3 guy yg dah siap talk dlm phone tapi still tak rasa ada chemistry until jumpa seorang ni, now dah jadi husband sis. Klu awak rasa mcm tak boleh go je mamat ni try berkawan dgn yg lain pulak.

      Delete
    2. hi mcm mana sis beritahu parents sis yg sis jumpa husband kat dating apps ye. diorang tak kesah ke?

      Delete
    3. Parents sis sgt open minded. Tak kesah dari mana kenal. Sama macam kita kenal thru facebook jugak. Semua sekarang ni online. As long as lelaki yg awak kenal online tu parents okay then InsyaAllah parents terima je :)

      Delete
  5. interesting sangat cerita sis ni. saya pun baru kenal dengan one guy melalui dating apps jugak. but not omi. rasa selesa sangat bila tiap hari oncall. dia caring, bagi perhatian and so on. tapi kami masih berkawan je dulu. takut nak fallin love. tapi suka dan selesa dengan cara dia. Ada je dia bagi hint* yang dia pun suka. tapi saya layan gitu gitu je. takut nak berharap lebih. Tolong doakan supaya kami berjodoh macam sis dengan hubby sis yaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh. sis pon happy dpt tahu orang lain pon kenal dengan someone through dating apps. semoga ikatan yg terjalin sekarang antara awak dan dia sampai ke jenjang pelamin. InsyaAllah. Amiinn...

      Delete
  6. Kalau guna omi utk cari customer boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat sis tak sesuai sbb platform omi tu sendiri org install utk cari pasangan. Tak digalakkan

      Delete
  7. dh download omi.. tp mmg kne byr kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm yg ila write dlm entri ni ila start install omi tahun 2018. Masa tu takda bayar langsung. Now disbbkan ramai dah tau apps tu, bayaran akan dikenakan if kita nak tau siapa yg like profile kita. Dulu takda feature ni. Kita cuma tau bila kita dah like each other je.

      Delete
  8. hi sis! saya baru install apps tu semalam and ada 99+ org yang suka. Tapi saya tak guna yg premium pun sebab baru je main main haha. Cuma still tak faham part diorang chat tu, ada section question kat atas tu means soalan untuk diorang ke soalan tu untuk kita jawab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nurul. Allahu tak dpt nak tolong jawabkan sbb sis dah uninstall masa tahun 2018 lagi XD Tak ingat pulak masa tu ada ke tak section question yg mcm awk bgtau ni hmmm

      Delete
    2. Sekarang nie ramai gurl yg tulis nk yg serous relay, jujur, Setia, sanggup terima kekurangan dia konon tak memilih. Dlm erti kata lain yg 100% perfect lah. Tp tuan yg tulis tu sendiri tak perfect, tak serious, tak sanggup terima kekurangan dan terlalu memilih. Pastu tulis jodoh sesat, damn, sebelum tulis tu cermin diri tu. Kadang jodoh tu da ada, tp korang yg terlalu memilih kesempurnaan. Sedangkan Allah dah pilihkan utk kalian yg terbaik. So renungkan lah

      Delete
  9. hi sis nak tanya, I just knew one guy ni kan. he seem okay but tatau dia chat ngan saya je ke or ada org lain jugak. dia punya profile ckp nak cari bakal isteri so idk. mcm mana nak tahu eh takkan kita nak tanya pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. If profile dia kata nak cari bakal isteri pendapat sis dia maybe chat dgn org lain jugak nak kenal dgn ramai org tapi klu awak tak kesah just tanya dia berapa ramai or berapa kerap chat dgn awak berbanding yg lain. Soalan mcm ni pon boleh kira bagi hint jugak lah kat dia utk next step.

      Delete
  10. hi sis, saya kenal one guy, tapi dalam 4 hari baru. tapi tahlah..bila chat dg best, kdg takut dia boring. i rasa i nak try dgn dia, tapi tak mintak number lagi. hmmm should i bg number i? tapi tkut dia rasa kita ni gelojoh plak hm.

    ReplyDelete
  11. Hi , apa beza premium match dgn crush match tu ye?

    ReplyDelete
  12. hi. just curious. how we want to know the exactly time suitable to meet each other. i need some opinios. tq btway.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Saya nak share satu portal online dating yang paling senang digunakan ni

    www.carijodoh.net

    1. Percuma
    Anda tidak perlu membayar sebarang yuran keahlian pun untuk seumur hidup, daftar dan terus boleh hantar mesej ke si dia tu, tak perlu sebarang kredit atau syarat pun

    2. Mudah
    Selepas mendaftar, anda boleh membuat carian berdasarkan ciri pilihan idaman anda, dari berbagai sudut, umur, berat badan, tinggi, jenis pekerjaan, malah sampai ke jenis rumah dan jenis pengagkutan pun boleh dipilih. Secara tidak langsung, kita dah boleh baca latarbelakang si dia ni, adakah dia benar dah bersedia atau masih berusaha lagi? kan mudah

    3. Teliti
    Portal ni mmg dikhususkan untuk orang yang serius nak mencari jodoh, jadi memang banyak lah yang akan ditanya dalam borang keahlian tu, ini adalah untuk kemudahan semua. Jadi orang yang tidak serius, mungkin akan rasa sedikit terbeban juga nak menjawab soalan yang berjela tu nanti. Ada ruangan yang boleh diset untuk pandangan ahli sahaja

    4.Forum
    Terdapat ruangan khusus untuk para wanita sahaja, boleh gosip sakan sebab didalam ni lelaki tidak dibenarkan masuk atau membaca posting pun. Nak berniaga pun boleh cik kak ye

    5.Privacy
    Nama dan gambar anda boleh disorokan dari didaparkan kepada umum, cuma akan ditunjukan pada ahli yang dah berdaftar sahaja, jadi jangan risau orang akan terjumpa nama anda kalau di Google nanti, tapi saya nasihatkan, janganlah guna nama penuh sama seperti dalam IC, contoh kalau nama anda Norhafizah Abdul Halim, boleh pakai Fiza Halim je :)

    6.Report Abuse
    Antara risiko online dating ni, anda mungkin akan terjumpa orang yang pelik atau pun sering menggangu anda, jangan risau, disetiap user profile ada report form, dia tak akan tau pun siapa yang buat report. Setiap rekod perbualan ada disimpan dan boleh dijadikan bahan bukti

    7. Image Gallery
    Setiap orang boleh upload 5 gambar lain selain avatar, jadi tak perlu risau kalau gambar profile anda tak cukup menarik sebab yang lain masih ada lagi, gambar ini cuma akan dipaparkan untuk ahli yang berdaftar sahaja. Mohon letak gambar yang bersesuaian dan mestilah sopan

    8. First Move
    Platform ni masih baru lagi, database calon mungkin masih tak ramai seperti web yang lain, tapi apa salahnya kalau anda buat dahulu profil anda siap2..kalau lambat takut melepas.. Manalah tau Si Dia terpana melihat gambar dan berkenan dengan profile anda buat kali pertama, maka bermulalah kisah cinta anda pada hari tu.. aaminn ya rabb

    Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua

    Amin

    www.carijodoh.net

    ReplyDelete
  14. macam nk tahu laki tu unmatch kita?

    ReplyDelete
  15. Assalam sis..saya meet some guy at cupid.com...meet him online 4/9..1/11 he from USA fly to Malaysia nak meet saya dan family..we just call and whatsapp..nervous..takut..stress..tak boleh tidur..tak selera makan..dia kerja oil and gas..

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum.... Saya pon jumpe suami kat Omi apps, xsngke jodoh... Alhamdulillah kami dh nikah Disember 2021...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg congrats!!! I macam takot but god speed see another happy story

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Omi skang nie klu nk tgk yg match kita mmg kna bayar ke..sbb selamat nie slide kanan tak pernah dpt sapa yg match ngn kita????

      Delete
  17. seronok i baca i pon main omi cari jodoh hahahaa

    ReplyDelete
  18. Mcn tkde bnda lain yg lagi pnting dlm hidup.Semua nk cari pasangan.Ko mmpos ke klau tkde dpt pasangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati kosong kak klu takda pasangan. Kesian saya. Alhamdulillah sekarang happy :)

      Delete
  19. Mcm mana nak tau org tu unmatch kite? Someone yg tau tlg respon

    ReplyDelete