Friday 4 May 2018

Assalamualaikum...


Assalamualaikum readers. Jangan pelik dan terkejut. Anda berada di ruangan blog yang betul. Hahaha XD Saya cik Fadzilah Sazali masih sama seperti dulu. Wanita pendiam dan pemalu tahap serius 🙃. Keseriusan saya ni boleh dibuktikan melalui gambar ayu di atas. Maaf 😂😂 Ehemm serta kpopers tegar. Ke-kpopersan saya ini tidak lah membahayakan kesihatan mental serta jiwa yang melampau. Masih boleh dikawal dengan tahap kewarasan manusia normal. Alhamdulillah.. (World tour Wanna One tak pergi 😪)

Anyway entri saya kali ini sebagai pemulaan atau misi pembersihan blog setelah sekian lama ditinggalkan. Mari sama-sama kita membasmi kuman dan juga bakteria yang telah lama berkampung di ruangan blog saya ini. (Apa kena mengena kita ye dak? Cek sorang jaaa) Saya memulakan blog ni masa zaman persekolahan. Pemikiran dan juga cara penyampaian yang sangat tidak matang. Mungkin ada sedikit sebanyak post yang kurang menyenangkan atau berbau aduan luahan perasaan. (Kau hengat ni diary??)

Jadi sekiranya ada penulisan atau karangan yang telah saya karang mengguris hati sesetengah pihak, saya ingin menyusun kesepuluh jari saya (yang masih cukup dan sempurna anugerah pemberian dariNya) memohon ampun dan maaf. Saya seorang yang pendiam dan pendendam. Bukan pendendam sakit hati dengan orang nak cari gaduh tu. Tidak sama sekali yaaa 🙅. Seorang yang suka pendam perasaan dan tanpa sengaja atau disengajakan jari jemari yang helok halus kecik molek ni dengan pantas menaip papan kekunci meluahkan apa yang tebuku dihati melalui blogging. Cehhhh (actually ila nak try jadi macam penulis buku kejap. Penggunaan kata mesti kena power. Acahh)

Saya akan mula aktif dunia blog dan start sharing perkara yang boleh mendatangkan kebaikan bersama. Saya suka share apa yang saya baca. Kalau baik untuk saya, baik juga untuk readers. Sekian.. Assalamualaikum 😎


Fadzilah Sazali

No comments:

Post a Comment