Thursday 8 October 2020

Braces Journey Part I: Murah ke braces?

(credit picture to the rightful owner; gambar dari Encik Google)

    Hi Assalamualaikum. Hari ni ila nak cerita pengalaman ila ber'braces'. First of all, korang kalau terjumpa post ni mesti dah pasang niat nak pakai braces betul tak? Nak tau total cost buat braces ni berapa. Mahal ke murah. Macam mana rasa bila pakai braces ni. Sakit nak makan tu macam mana? Kena cabut gigi tak kalau nak pasang? Kalau gigi korang jenis berterabur taktau asal usul kat mane tu InsyaAllah kena cabut. Kalau kes gigi korang tu terlalu rapat senget sana sini macam gigi ila, 4 batang gigi permanent kena cabut. Kau rasa? Ila cuma fikir "Beauty is Pain". Gituu

    First thing niat korang nak pakai braces sebab apa? Kebanyakkan orang pakai sebab nak cantikkan gigi. Of course lah kan? Siapa taknak cantik? Buat apa habis beribu kalau gigi korang dah helok cantik? Sebelum ni senyum kalau boleh taknak langsung nampak gigi. Bila amik gambar nampak pulak gigi korang yang berterabur tu terus tak jadi post gambar kat Instagram.


    Cerita pasal harga full treatment buat braces. Ila akan bagi by detail start dari treatment scaling gigi, buat molding and x-tray. Nak betulkan gigi korang kena prepare duit. This is a must. Kalau korang nak murah bagi nama kat klinik government. Settle. Tapi at least 2 tahun jugaklah nak kena tunggu diorang panggil. Ni apa yang ila tau. Kalau korang ada pengalaman buat kat klinik government boleh share dengan ila. Reply post ni okay.

    Harga buat braces depends pada klinik. Ada yang murah ada yang mahal. Sama macam shopping baju kat shopee. Design sama but different price offer. So korang kena survey dulu klinik orthodontist terdekat. Kena ingat tau, tak semua klinik gigi buat treatment braces sebabnya dentist and orthodontist adalah dua benda yang berbeza. Korang boleh search google. After dah tau beza dua ni jangan gatal nak pakai fake braces or braces yang murah2 kat instagram. Jangan nak ikut trend sangat orang lain pakai braces korang pon nak.


    Ila buat braces dekat klinik gigi Medina Bandar Saujana Putra. Masa tu ada ads offer dekat instagram diorg. Bayar installment RM150 je. Deposit masa first time pasang RM600. Total treatment RM3500. Not bad lah kan? Korang just kena bayar installment tiap bulan sampai habis macam bayar kereta. Tapi yang ni belum masuk cost x-tray dengan molding gigi lagi tau. After few months pakai braces, akan ada gigi yang nak kena cabut price akan bertambah lah ikut berapa batang kena.

    Masa first time nak buat molding gigi tu ila buat treatment scaling dulu. Sebab ila dah lama tak bersihkan karang2 gigi so ila buat. Wajib ke tak tu ila tak sure sebab bergantung keadaan gigi korang kot. Lepas siap scaling terus buat molding. Total dua treatment ni je RM270. Proses molding gigi korang boleh refer macam gambar kat bawah ni. Clay tu rasa macam berangin je. Ada mint2 sikit. Doktor akan suruh korang bukak mulut besar2 biar senang nak jolok ke dalam. Macam nak tercekik pon ada jugak.


    Lepas molding baru buat x-ray gigi. Dekat klinik gigi yang ila buat sekarang ni diorang tak sediakan machine untuk x-ray. Ada sesetengah klinik yang ada x-ray. So, first sekali korang kena dapatkan macam form ke surat or something daripada klinik korang tu untuk buat x-ray kat klinik yang lain. Ila buat dekat klinik gigi MAHSA University Saujana Putra. Sebab sana paling dekat dengan klinik Medina. Cost untuk sekali x-ray RM50. Weekend memang tak open ye gais. Open weekdays office hour je. So pepandai lah plan apply cuti klu yang berkerja.

    Boleh ke kita nak buat x-ray kat klinik gigi government? Ila tak boleh bagi jawapan sama ada boleh atau tak. Lagi2 musim covid ni. Ila pernah try pergi klinik gigi government (taknak bagitahu kat mana) nak jimat punya pasal. Tapi tak boleh. Alasan diorang umur ila lebih dari 18 tahun atas. Agak triggered jugak lah dengar apa yang nurse tu cakap. "Budak sekarang ni pakai braces sebab nak ikut trend je". Ya ampun kakak, kalau time sekolah dulu udah punya uwang sendiri, mati-matian gue udah buat kawat gigi. Anjirr. If korang ada pengalaman yang sama, mohon share kat comment tau.


    Bila korang dah selesai buat x-ray gigi, orthodontist akan set appointment pulak untuk pasang braces. Masa first appointment ni ila bayar harga deposit dulu RM600. Kali ni the real pain start. Hahahaha. Don't worry lah. Sakit tu kejap je. Korang mesti banyak tengok video youtube sebelum niat nak pakai betul tak? Ada orang yang boleh tahan sakit tu and ada yang tak. 

    Experience ila sendiri, first day pasang tak rasa apa. Cuma ada rasa tegang/pressure kat gusi and gigi. Pukul 3-4 pagi dah start terjaga sebab rasa gigi sakit sangat sampai berdenyut nak demam. Tapi once korang dah telan pain killer okay sikit takda apa dah. Trust me, sakit time tu je. Lepas tu dah back to normal balik. Ada jugak lah rasa penyesalan lepas pakai tu haha. Takut tak?

    
    Betul ke pakai braces kena makan bubur? Ikut keadaan korang jugak. Macam ila ada lahh lebih kurang seminggu telan bubur je. Gigi still rasa pedih lagi seminggu nak makan macam biasa TAPI sakit yang kita still boleh tahan lagi tau. Tak sakit sangat pon Percayalah kawan2. hahaha. Lepastu ila takda lah terus nak makan benda2 keras sebab gigi pon baru je lagi kena pressure. Mulut pon tak biasa macam ada benda yang melekat. Lama2 eloklah.

    Gambar atas tu condition gigi ila masa first day pasang braces. Ila start pakai March 2020 sampailah sekarang ni Oct 2020. Ila dah merasa kena cabut empat batang gigi permanent and minor surgery. Surgery apa tu? Pakai braces pon kena surgery jugak ke? Hahaha yang tu kalau ada masa ila cerita. Anything wanna ask just leave your comment. xoxo 💋 

 Fadzilah Sazali

Tuesday 16 July 2019

Tips Simpan Duit Dengan Senang


Hi, Assalamualaikum..

Hari ni macam bosan je and ila rasa macam nak taip something so ila nak share dengan korang tips simpan duit dengan senang. Ila share apa yang ila praktikkan sahaja. Lain orang lain cara menyimpan. Ila pernah search google cara nak simpan duit sebab ila ni jenis yang terlalu boros sampaikan ila kena search macam mana nak simpan duit. Padahal actually benda ni kita kena control sendiri perbelanjaan and try to discipline. Macam mane kita nak discipline kan diri kita?


First mesti ada target or goals. Ada orang boleh save their own money without target. Macam dia takda hala tuju sebenarnya why dia menyimpan. Dia suka menyimpan and maybe untuk kesenangan in the future. Itu pon dikira target lah jugak untuk masa depan tapi ila nak share kat sini target yang ada deadline. Ila bagi contoh senang duit kahwin. Sebab ila pon tengah struggle nak save duit kahwin. Hehe

Korang mestilah dah set bila korang nak kahwin kan? And korang dah kira bajet berapa yang korang perlu ada untuk kahwin. Contoh target setahun lagi aku nak kahwin tapi duit saving pon takda. Cano ni? Ila nak bagi tahu bila korang dah start ada target bila korang perlukan that amount of money automatik korang akan rasa bulan ni aku kena simpan jugak banyak ni untuk dapatkan amount ni on that day. When you are take it seriously to achieve something that you really really want, trust me you'll be discipline in saving your own money.


Lepas korang dah ada target baru korang boleh guna pakai tips ni. Tips ni khas untuk orang yang dah ada passive income monthly.

1. Saving Wajib. Korang kena ada saving wajib bulanan. Mindset korang dalam kepala jadikan duit saving ni hutang yang wajib korang bayar. Kalau korang boleh bagi komitmen bayar duit kereta bulan2 why not duit saving? Contoh korang punya target RM500 sebulan. Dapat je gaji bayar duit saving. Make sure account saving korang dengan daily use account tu lain2.

2. Monthly Expenses. Korang pernah plan tak korang punya monthly expenses? Ni pon one of the way yang ila selalu guna. Apa yang ila buat tiap bulan ila akan buat note dalam phone next month apa je keperluan yang ila sangat2 perlukan untuk belanja. After dah tolak semua hutang kereta, sewa rumah or duit PTPTN ke termasuk saving wajib tadi balance tu korang nak pakai untuk apa je? Bajetkan. Contoh duit minyak sebulan berapa? Duit makan sehari berapa? If makan sehari boleh bajet RM20 make sure korang jangan guna lebih dari RM20. JANGAN GUNA. Tu sebab kadang2 kita over bajet. Duit tak cukup and etc. Keperluan rumah mesti ada bajet jugak nak beli apa je untuk bulan ni. Kalau tak cukup boleh tak tangguhkan beli next month pulak? Simple kan? And of course kalau korang perlukan duit untuk self treat or reward, asingkan. Dah penat kerja why not treat yourself first.

3. Saving Terpaksa. Ila panggil ni saving terpaksa sebab ila rasa macam kena paksa. Tadi dah wajib ni terpaksa pulak hahaha. Contoh ila paksa diri ila menabung duit note RM20 & RM5. Apa yang ila buat bila dapat duit note RM20 or RM5 je ila jadi macam oh damn aku nak kena simpan duit ni. Diharamkan untuk guna. Terpulang bagi korang nak haramkan duit apa untuk guna. Sebulan ila pernah save RM100 dengan note RM20 je. Dah ada extra saving kat situ.

4. NO SYILING. Say no to duit syiling. Maksudnya jangan guna langsung duit syiling. Dari zaman sekolah lagi ila memang suka menabung duit syiling. Bila beli something yang ada balance duit syiling please simpan. Jangan guna. Biasakan benda yang tak biasa. Lama2 bila tabung korang dah start penuh simpan dalam account saving korang. Memang agak lama nak dapatkan amount yang banyak tapi korang bayangkan you need another RM100, and dengan tak sengaja korang TERsave duit syiling RM100. It helps you a lot.

 5. Save your Balance.  Apa tu save your balance? After korang dah bajetkan perbelanjaan korang bulan2 and of course perbelanjaan tiap bulan akan ada balance sebelum dapat gaji lagi satu. Betul tak? Lets say masa korang terima salary May, korang still ada balance salary April dalam RM50. Save that RM50 in your saving account. Rotate balik monthly expenses. Even korang punya balance just ada bawah RM10, amount yang sangat sikit tapi still duit tu extra saving korang. Biasakan berbelanja dengan bajet yang korang dah set.


Last sekali ila just nak bagi nasihat sikit if korang takda target or goals sekali pon, make sure saving tu kena ada. Memang saving tu tak boleh buat korang jadi kaya tapi at least time kita susah and sangat2 perlukan duit, kita tak bergantung pada orang lain atau menyusahkan sesiapa. Tak semua orang yang baik dengan kita akan tolong kita masa kita susah melainkan diri sendiri. Betul tak? Takkan selamanya nak bergantung pada duit parents or adik beradik. Hope apa yang ila share ni berguna untuk orang lain jugak. Thanks sebab sudi baca :D

Fadzilah Sazali

Thursday 4 July 2019

Cinta Dating Apps? Boleh percaya ke tak?


Assalamualaikum..
Hi readers! 👋🏻

Dah lama sangat ni tak post any entri baru dalam blog. Setahun lebih. Tiba tiba muncul dengan tajuk besar Cinta Dating Apps? Boleh percaya ke tak boleh percaya? 🤭

Sesetengah orang tak kesah kenal new guy or girl through socmed platform or if memang niat nak date someone, korang start download tinder or any dating apps. Kan? Ada jugak yang dah ada partner tapi gatal teloq dia nak pi main jugak. Ila taknak cakap lelaki je tapi perempuan pon banyak perangai macam ni sebenarnya. Tapi tu lah. Sebab perempuan ni lebih suka “spill tea” cakap macam-macam pasal lelaki trash kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Betul tak?

Okay lah back to main topic kat sini. Nak tanya korang yang terbaca post ni. Percaya or tak? Kenapa korang kat sini? Tengah bertinder? Ila nak share pengalaman sendiri. Sebab tu lah boleh pong pang pong pang cerita pasal cinta dating apps. Unfortunately story yang ila nak share ni yang elok-elok je. Kalau korang cari negativity bukan kat sini. Maaf 🤭


Ila kenal dengan Encik soon to be husband through dating apps jeee. Bukan tinder tapi “omi”. Halamak macam comel je bunyi. Tengok orang yang main jugak lah 😂 maafkan saya sebab bersikap riak dengan diri sendiri hahahahah. Anugerah. Kena bersyukur!


Kenapa start main dating apps? Of course lah tujuan utama nak cari jodoh. Jodoh tak datang sendiri bergolek depan mata. Kau tunggu jodoh datang sendiri? Ikut korang lah. Melainkan kau banyak kenalan lelaki yang ramai nakkan kau. Citer macam aku ni takda sape yang nak hahahaha. Ada okay! Memilih je. Eh nak buat laki kan? Normal lah kalau memilih.

Macam mana boleh terfikir nak "cari jodoh" guna dating apps? Ila tak terfikir langsung nak kenal any random guy kat apps. Tak pernah tahu pon apps macam ni wujud. Serius. Maybe sebab ila desperate sangat nak cari "the one" time tu jugak lah keluar ads kat sponsored instagram "OMI". Banyak kali babe. Then ila macam apebenda natang omi ni semak betul ada kat iklan ig aku. End up... Install jugak! Nak tahu je mula mula.

Dok bukak account isi detail sana sini apa semua pastu dia ajar lah sikit sikit. Kalau kau suka mamat ni slide kanan. Tak suka slide kiri. Dah suka sama suka termatch baru lah boleh start chating chating flirting flirting. Macam best je kan? Hari hari jugak lah main benda ni taknak stop. Addict doh nak cari boyfriend 🤭. Biasalah orang tengah kesunyian. Dah lama babe hidup single. Why not kenal "the one" kat dating apps. Yang tengah kemurungan, hidup sendu, baru lepas break up, emak bising soh bawak balik bakal menantu tu cepat cepat lah install.


Okay sebelum tu ini bukan iklan berbayar omi. Ini review tulus ikhlas dari pengguna omi. Aduhhh hahahaha

Ingat main dating apps ni kenal sorang dua terus sangkut ke? Tidak ye kawan-kawan. Itu kalau nasib kau sangkut dengan jodoh kau cepat. Itu pon kalau betul jodoh kau kat dating apps. Tiba-tiba jodoh sebelah rumah je hek eleh. Tapi dalam kes ila ni agak cepat? Eh? Start main tak ingat around end of Sept 2018 pastu kenal dia Oct 2018? Takkan start main Oct? Cepat gak ea 🤔. Tapi pernah lah sampai tahap slide slide tu dah takda orang langsung dia pi bagi orang palembang jawa timur mana tah.

Kenal dengan orang pelik pelik tak? Tipu kalau tak kenal yang pelik pelik. Korang kalau rasa macam tak selesa chat dengan that guy. Stop. Chat dengan orang lain. Simple. Tujuan utama dating apps ni sebab korang serius nak cari partner life korang. Kan? Of course nak yang selesa bila chat. Tu macam first impression bila korang nak kenal dengan someone new. Yang boleh buat kawan. Jadi geng. Satu kepala. Tiba tiba eh terjatuh cinta pulak 🤭. Lainlah tujuan korang setakat nak flirt flirt je.


How to start a conversation first? Sesetengah perempuan still malu nak start dulu or still fikir man should go first. Sayang sayang semua, kena ingat benda ni okay. Lelaki ramai yang pemalu! Oh god! Korang main dating apps kot. Korang slide kanan tetiba you like each other. Baru boleh chat kan? Maksudnya kat sini that guy suka korang jugak. Of course dia tengok appearance first lah. Korang pon sama. Then apa lagi? Chat! Nak buat orang lain or stranger minat kat korang tips dia simple je. Just be yourself and confident. Make a first move. Itu yang ila buat.

That guy nak jumpa korang? Make sure korang rasa yakin nak jumpa dengan lelaki tu. Jangan baru sehari dua chat ajak jumpa then korang pon onz. Kite taktau dengan siapa kita nak jumpa. Aware dengan lelaki yang suka ambil kesempatan. For lelaki pulak kot kot terbaca writting aku yang bersepah ni keep in your mind. Jangan lah baru chat dengan sorang awek ni pastu ajak jumpa. Don't be such a gelojoh guys. Perempuan tak suka lelaki yang gelojoh. Be gentle and tunjukkan kejantanan anda. Make it slow and control macho. Jangan poyo sangat.


Macam mana nak tau dia suka korang ke tak? Patut ke korang yang mintak number dia dulu kalau dia tak mintak? Weyyy nak bagi tahu sikit. Dating apps ni kite kenal dengan ramai orang. Tah mana mana. Let say tiap tiap hari dia on apps tu then chat dengan kau semata mata nak say hi, tanya dah makan ke? Cliche kan? Obviously dia nak kenal dengan kau. Takkan lah dia nak say hi dengan semua orang yang dia kenal kat apps tu. Melainkan dia buaya. Dia tak mintak number kau lagi? Girls, don't wait. Make a first move. Macam ila sendiri. I don't wait. He's so noob i tell you lah. Dah bagi hint but still kennot go. Ila tak mintak number dia. Bagi number terus. Settle.

 - Hi abang Mir, if you read this just wanna say thank you for calling me that time. I love you. *mini love*. -

Ni ila just share pengalaman ila sendiri kenal lelaki through dating apps and last last end up bercinta. Pastu acah acah macam bagi tips. Alamak poyo gila kan? Memang mula mula tu kite tak kenal sangat background lelaki tu macam mane. Elok ke tak elok. Bila kite start nak kenal, slow slow kite akan tahu. Take time.

Korang boleh nampak sendiri and rasa lelaki ni serius ke tak through dia punya effort. Ila sendiri kenal dengan dia and dapat rasa yang dia betul betul serius nak kenal dengan ila start dia sanggup turun dari kulim ke kl semata mata nak jumpa dengan ila. Bukan drive tapi naik public transport. Ila sangat sangat appreciate apa yang dia buat.

Last sekali, please selalu ingat benda ni. There must be a reason why we met with someone and end up like a shit. Maybe someone better is waiting for you. And there must be a reason why He made you meet with someone this way and not that way. Maybe this way is better than that way.

Sekian. Happy reading

Fadzilah Sazali

Friday 4 May 2018

Assalamualaikum...


Assalamualaikum readers. Jangan pelik dan terkejut. Anda berada di ruangan blog yang betul. Hahaha XD Saya cik Fadzilah Sazali masih sama seperti dulu. Wanita pendiam dan pemalu tahap serius 🙃. Keseriusan saya ni boleh dibuktikan melalui gambar ayu di atas. Maaf 😂😂 Ehemm serta kpopers tegar. Ke-kpopersan saya ini tidak lah membahayakan kesihatan mental serta jiwa yang melampau. Masih boleh dikawal dengan tahap kewarasan manusia normal. Alhamdulillah.. (World tour Wanna One tak pergi 😪)

Anyway entri saya kali ini sebagai pemulaan atau misi pembersihan blog setelah sekian lama ditinggalkan. Mari sama-sama kita membasmi kuman dan juga bakteria yang telah lama berkampung di ruangan blog saya ini. (Apa kena mengena kita ye dak? Cek sorang jaaa) Saya memulakan blog ni masa zaman persekolahan. Pemikiran dan juga cara penyampaian yang sangat tidak matang. Mungkin ada sedikit sebanyak post yang kurang menyenangkan atau berbau aduan luahan perasaan. (Kau hengat ni diary??)

Jadi sekiranya ada penulisan atau karangan yang telah saya karang mengguris hati sesetengah pihak, saya ingin menyusun kesepuluh jari saya (yang masih cukup dan sempurna anugerah pemberian dariNya) memohon ampun dan maaf. Saya seorang yang pendiam dan pendendam. Bukan pendendam sakit hati dengan orang nak cari gaduh tu. Tidak sama sekali yaaa 🙅. Seorang yang suka pendam perasaan dan tanpa sengaja atau disengajakan jari jemari yang helok halus kecik molek ni dengan pantas menaip papan kekunci meluahkan apa yang tebuku dihati melalui blogging. Cehhhh (actually ila nak try jadi macam penulis buku kejap. Penggunaan kata mesti kena power. Acahh)

Saya akan mula aktif dunia blog dan start sharing perkara yang boleh mendatangkan kebaikan bersama. Saya suka share apa yang saya baca. Kalau baik untuk saya, baik juga untuk readers. Sekian.. Assalamualaikum 😎


Fadzilah Sazali

Thursday 16 March 2017

Tutorial: Custom SCM Music Player


Hai, annyeong! Tutorial blog kali ni ila nak ajar macam mana nak custom made SCM player jadi lebih cute dan menarik! Contoh macam ila tengah guna sekarang. Lets get started!

First pergi sini . *Click setiap gambar untuk tubesaran :)


Pilih custom SCM player yang korang minat then click choose. Next akan keluar macam ni


Click next tu ^^ Lepastu akan keluar macam ni


URL untuk lagu korang boleh copy paste dari youtube. Just pilih lagu apa yang korang suka dekat youtube. Copy paste link youtube kat sini. Banyak mana lagu pon tak kesah. Then click next!



After korang click done, copy code tu utk blog korang. Selamat mencuba! If anything nak tanya just tinggalkan comment korang di cbox ila kat tepi ni. Love u :3


Fadzilah Sazali