Assalamualaikum..
Hi readers! 👋🏻
Dah lama sangat ni tak post any entri baru dalam blog. Setahun lebih. Tiba tiba muncul dengan tajuk besar Cinta Dating Apps? Boleh percaya ke tak boleh percaya? 🤭
Sesetengah orang tak kesah kenal new guy or girl through socmed platform or if memang niat nak date someone, korang start download tinder or any dating apps. Kan? Ada jugak yang dah ada partner tapi gatal teloq dia nak pi main jugak. Ila taknak cakap lelaki je tapi perempuan pon banyak perangai macam ni sebenarnya. Tapi tu lah. Sebab perempuan ni lebih suka “spill tea” cakap macam-macam pasal lelaki trash kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Betul tak?
Ila kenal dengan Encik soon to be husband through dating apps jeee. Bukan tinder tapi “omi”. Halamak macam comel je bunyi. Tengok orang yang main jugak lah 😂 maafkan saya sebab bersikap riak dengan diri sendiri hahahahah. Anugerah. Kena bersyukur!
Kenapa start main dating apps? Of course lah tujuan utama nak cari jodoh. Jodoh tak datang sendiri bergolek depan mata. Kau tunggu jodoh datang sendiri? Ikut korang lah. Melainkan kau banyak kenalan lelaki yang ramai nakkan kau. Citer macam aku ni takda sape yang nak hahahaha. Ada okay! Memilih je. Eh nak buat laki kan? Normal lah kalau memilih.
Macam mana boleh terfikir nak "cari jodoh" guna dating apps? Ila tak terfikir langsung nak kenal any random guy kat apps. Tak pernah tahu pon apps macam ni wujud. Serius. Maybe sebab ila desperate sangat nak cari "the one" time tu jugak lah keluar ads kat sponsored instagram "OMI". Banyak kali babe. Then ila macam apebenda natang omi ni semak betul ada kat iklan ig aku. End up... Install jugak! Nak tahu je mula mula.
Dok bukak account isi detail sana sini apa semua pastu dia ajar lah sikit sikit. Kalau kau suka mamat ni slide kanan. Tak suka slide kiri. Dah suka sama suka termatch baru lah boleh start chating chating flirting flirting. Macam best je kan? Hari hari jugak lah main benda ni taknak stop. Addict doh nak cari boyfriend 🤭. Biasalah orang tengah kesunyian. Dah lama babe hidup single. Why not kenal "the one" kat dating apps. Yang tengah kemurungan, hidup sendu, baru lepas break up, emak bising soh bawak balik bakal menantu tu cepat cepat lah install.
Okay sebelum tu ini bukan iklan berbayar omi. Ini review tulus ikhlas dari pengguna omi. Aduhhh hahahaha
Ingat main dating apps ni kenal sorang dua terus sangkut ke? Tidak ye kawan-kawan. Itu kalau nasib kau sangkut dengan jodoh kau cepat. Itu pon kalau betul jodoh kau kat dating apps. Tiba-tiba jodoh sebelah rumah je hek eleh. Tapi dalam kes ila ni agak cepat? Eh? Start main tak ingat around end of Sept 2018 pastu kenal dia Oct 2018? Takkan start main Oct? Cepat gak ea 🤔. Tapi pernah lah sampai tahap slide slide tu dah takda orang langsung dia pi bagi orang palembang jawa timur mana tah.
Kenal dengan orang pelik pelik tak? Tipu kalau tak kenal yang pelik pelik. Korang kalau rasa macam tak selesa chat dengan that guy. Stop. Chat dengan orang lain. Simple. Tujuan utama dating apps ni sebab korang serius nak cari partner life korang. Kan? Of course nak yang selesa bila chat. Tu macam first impression bila korang nak kenal dengan someone new. Yang boleh buat kawan. Jadi geng. Satu kepala. Tiba tiba eh terjatuh cinta pulak 🤭. Lainlah tujuan korang setakat nak flirt flirt je.
How to start a conversation first? Sesetengah perempuan still malu nak start dulu or still fikir man should go first. Sayang sayang semua, kena ingat benda ni okay. Lelaki ramai yang pemalu! Oh god! Korang main dating apps kot. Korang slide kanan tetiba you like each other. Baru boleh chat kan? Maksudnya kat sini that guy suka korang jugak. Of course dia tengok appearance first lah. Korang pon sama. Then apa lagi? Chat! Nak buat orang lain or stranger minat kat korang tips dia simple je. Just be yourself and confident. Make a first move. Itu yang ila buat.
That guy nak jumpa korang? Make sure korang rasa yakin nak jumpa dengan lelaki tu. Jangan baru sehari dua chat ajak jumpa then korang pon onz. Kite taktau dengan siapa kita nak jumpa. Aware dengan lelaki yang suka ambil kesempatan. For lelaki pulak kot kot terbaca writting aku yang bersepah ni keep in your mind. Jangan lah baru chat dengan sorang awek ni pastu ajak jumpa. Don't be such a gelojoh guys. Perempuan tak suka lelaki yang gelojoh. Be gentle and tunjukkan kejantanan anda. Make it slow and control macho. Jangan poyo sangat.
Macam mana nak tau dia suka korang ke tak? Patut ke korang yang mintak number dia dulu kalau dia tak mintak? Weyyy nak bagi tahu sikit. Dating apps ni kite kenal dengan ramai orang. Tah mana mana. Let say tiap tiap hari dia on apps tu then chat dengan kau semata mata nak say hi, tanya dah makan ke? Cliche kan? Obviously dia nak kenal dengan kau. Takkan lah dia nak say hi dengan semua orang yang dia kenal kat apps tu. Melainkan dia buaya. Dia tak mintak number kau lagi? Girls, don't wait. Make a first move. Macam ila sendiri. I don't wait. He's so noob i tell you lah. Dah bagi hint but still kennot go. Ila tak mintak number dia. Bagi number terus. Settle.
- Hi abang Mir, if you read this just wanna say thank you for calling me that time. I love you. *mini love*. -
Ni ila just share pengalaman ila sendiri kenal lelaki through dating apps and last last end up bercinta. Pastu acah acah macam bagi tips. Alamak poyo gila kan? Memang mula mula tu kite tak kenal sangat background lelaki tu macam mane. Elok ke tak elok. Bila kite start nak kenal, slow slow kite akan tahu. Take time.
Korang boleh nampak sendiri and rasa lelaki ni serius ke tak through dia punya effort. Ila sendiri kenal dengan dia and dapat rasa yang dia betul betul serius nak kenal dengan ila start dia sanggup turun dari kulim ke kl semata mata nak jumpa dengan ila. Bukan drive tapi naik public transport. Ila sangat sangat appreciate apa yang dia buat.
Last sekali, please selalu ingat benda ni. There must be a reason why we met with someone and end up like a shit. Maybe someone better is waiting for you. And there must be a reason why He made you meet with someone this way and not that way. Maybe this way is better than that way.
Sekian. Happy reading
Fadzilah Sazali















