Tuesday 16 July 2019

Tips Simpan Duit Dengan Senang


Hi, Assalamualaikum..

Hari ni macam bosan je and ila rasa macam nak taip something so ila nak share dengan korang tips simpan duit dengan senang. Ila share apa yang ila praktikkan sahaja. Lain orang lain cara menyimpan. Ila pernah search google cara nak simpan duit sebab ila ni jenis yang terlalu boros sampaikan ila kena search macam mana nak simpan duit. Padahal actually benda ni kita kena control sendiri perbelanjaan and try to discipline. Macam mane kita nak discipline kan diri kita?


First mesti ada target or goals. Ada orang boleh save their own money without target. Macam dia takda hala tuju sebenarnya why dia menyimpan. Dia suka menyimpan and maybe untuk kesenangan in the future. Itu pon dikira target lah jugak untuk masa depan tapi ila nak share kat sini target yang ada deadline. Ila bagi contoh senang duit kahwin. Sebab ila pon tengah struggle nak save duit kahwin. Hehe

Korang mestilah dah set bila korang nak kahwin kan? And korang dah kira bajet berapa yang korang perlu ada untuk kahwin. Contoh target setahun lagi aku nak kahwin tapi duit saving pon takda. Cano ni? Ila nak bagi tahu bila korang dah start ada target bila korang perlukan that amount of money automatik korang akan rasa bulan ni aku kena simpan jugak banyak ni untuk dapatkan amount ni on that day. When you are take it seriously to achieve something that you really really want, trust me you'll be discipline in saving your own money.


Lepas korang dah ada target baru korang boleh guna pakai tips ni. Tips ni khas untuk orang yang dah ada passive income monthly.

1. Saving Wajib. Korang kena ada saving wajib bulanan. Mindset korang dalam kepala jadikan duit saving ni hutang yang wajib korang bayar. Kalau korang boleh bagi komitmen bayar duit kereta bulan2 why not duit saving? Contoh korang punya target RM500 sebulan. Dapat je gaji bayar duit saving. Make sure account saving korang dengan daily use account tu lain2.

2. Monthly Expenses. Korang pernah plan tak korang punya monthly expenses? Ni pon one of the way yang ila selalu guna. Apa yang ila buat tiap bulan ila akan buat note dalam phone next month apa je keperluan yang ila sangat2 perlukan untuk belanja. After dah tolak semua hutang kereta, sewa rumah or duit PTPTN ke termasuk saving wajib tadi balance tu korang nak pakai untuk apa je? Bajetkan. Contoh duit minyak sebulan berapa? Duit makan sehari berapa? If makan sehari boleh bajet RM20 make sure korang jangan guna lebih dari RM20. JANGAN GUNA. Tu sebab kadang2 kita over bajet. Duit tak cukup and etc. Keperluan rumah mesti ada bajet jugak nak beli apa je untuk bulan ni. Kalau tak cukup boleh tak tangguhkan beli next month pulak? Simple kan? And of course kalau korang perlukan duit untuk self treat or reward, asingkan. Dah penat kerja why not treat yourself first.

3. Saving Terpaksa. Ila panggil ni saving terpaksa sebab ila rasa macam kena paksa. Tadi dah wajib ni terpaksa pulak hahaha. Contoh ila paksa diri ila menabung duit note RM20 & RM5. Apa yang ila buat bila dapat duit note RM20 or RM5 je ila jadi macam oh damn aku nak kena simpan duit ni. Diharamkan untuk guna. Terpulang bagi korang nak haramkan duit apa untuk guna. Sebulan ila pernah save RM100 dengan note RM20 je. Dah ada extra saving kat situ.

4. NO SYILING. Say no to duit syiling. Maksudnya jangan guna langsung duit syiling. Dari zaman sekolah lagi ila memang suka menabung duit syiling. Bila beli something yang ada balance duit syiling please simpan. Jangan guna. Biasakan benda yang tak biasa. Lama2 bila tabung korang dah start penuh simpan dalam account saving korang. Memang agak lama nak dapatkan amount yang banyak tapi korang bayangkan you need another RM100, and dengan tak sengaja korang TERsave duit syiling RM100. It helps you a lot.

 5. Save your Balance.  Apa tu save your balance? After korang dah bajetkan perbelanjaan korang bulan2 and of course perbelanjaan tiap bulan akan ada balance sebelum dapat gaji lagi satu. Betul tak? Lets say masa korang terima salary May, korang still ada balance salary April dalam RM50. Save that RM50 in your saving account. Rotate balik monthly expenses. Even korang punya balance just ada bawah RM10, amount yang sangat sikit tapi still duit tu extra saving korang. Biasakan berbelanja dengan bajet yang korang dah set.


Last sekali ila just nak bagi nasihat sikit if korang takda target or goals sekali pon, make sure saving tu kena ada. Memang saving tu tak boleh buat korang jadi kaya tapi at least time kita susah and sangat2 perlukan duit, kita tak bergantung pada orang lain atau menyusahkan sesiapa. Tak semua orang yang baik dengan kita akan tolong kita masa kita susah melainkan diri sendiri. Betul tak? Takkan selamanya nak bergantung pada duit parents or adik beradik. Hope apa yang ila share ni berguna untuk orang lain jugak. Thanks sebab sudi baca :D

Fadzilah Sazali

No comments:

Post a Comment