Saturday, 30 August 2014

20 tanda lelaki serius dalam percintaan



Berikut adalah tanda-tanda seorang lelaki serius dalam menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita:

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.





iela wookie 

Saturday, 10 May 2014

cara minta putus!


"When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah.."

1. Bercakap dengan cara baik

Tak de orang yang boleh terima if tiba-tiba je putus dengan sebelah pihak je. so, kalau korang ingin putus, lebih baik bercakap dulu dengan pasangan. Ungkapkan apa yang korang rasakan selama ni, and biarkan dia luahkan perasaan dia gak. so, tidak akan ada mana mana pihak yang merasa dihakimi.

2. Alasan yang jelas

Tidak memberikan penjelasan mengenai alasan korang minta putus, boleh buat dia jadi sakit hati. sebabnya, kalau nak minta putus, pastikan korang dah ada alasan yang jelas and masuk akal. Mungkin dengan alasan tersebut, dia akan lebih mudah menerima keputusan korang untuk minta putus?

3. Jangan pernah emosi

Usahakan untuk tetap tenang dan jangan pernah emosi, marah marah time jawab semua pertanyaan dari dia. Jelaskan secara detail so that dia lebih mudah menerima alasan korang minta putus. dengan cara ni dia tidak akan rasa sakit hati dan marah :)

4. Pilih tempat yang sesuai

Memutuskan pasangan di tempat awam boleh buat dia rasa malu dan of coz sakit hati! sebabnya sangat penting untuk korang membaca situasi and keadaan sekeliling. Jangan sampai korang jadi tontonan orang sebab dia tiba-tiba nangis karena korang putuskan hubungan.

5. Putus secara face to face

Jangan sesekali korang minta putus dengan dia melalui SMS, e-mail, voice mail, atau call sekalipun! korang harus jumpa dia, walaupun susah tapi korang kena berani. sebabnya tidak ada yang lebih baik dari bercakap depan face to face.

credit: ciricara.com edit by me

iela wookie 

Saturday, 5 October 2013

10 Tips Memikat Hati Lelaki



still gagal mencari cinta dan boyfriend?? macam iela ni.. eh? 
iela nak share sikit tips pikat lelaki bagi korang2 yang single mingle nii.. hihi

1. always smile and jangan SOMBONG bila bercakap dengan lelaki. 
2. pandai masak adalah salah satu sebab paling utama lelaki mudah terpikat kat kita :D bagi yang tak pandai tu boleh start belajar dari sekarang! hehe
3. berperwatakan menarik mampu menarik minat diorang. just be yourself. jangan jadi orang lain.
4. be honest dan sentiasa merendah diri. 
5. lakukan apa yang dia suka and jangan sesekali buat apa yang dia tak suka!
6. mempunyai bentuk badan yang menarik? terpulang pada individu. (ni copy paste from other website taw. iela just edit sikit :))
7. mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. 
8. pandai dalam memainkan perwatakan seorang WANITA bila korang bersama dengan lelaki yang korang minat. 
9. jaga pemakaian korang. seksi atau tak terpulang pada lelaki yang korang minat tu.. 
10. jangan terlalu mengongkong. 


iela wookie


Friday, 10 May 2013

Tanda-Tanda Lelaki Demam Rindu



assalamualikum.. hari ni iela nak share tanda-tanda lelaki bila demam rindu. biasanya gurlz akan mempamerkan riak bila mereka rindu pada lelaki. tapi lelaki juga ada rasa rindu kat seseorang tapi dia pendam. apakah tanda-tanda lelaki sedang rindu??

1. bila lelaki rindu, mereka akan menghabiskan masa bersama korang.

2. dia mudah jelez even kedudukan dia sebagai "boyfriend" tak tergugat sebenarnya.

3. bila rindu, lelaki kadang-kadang mudah marah sebab tak sanggup tahan pedih merindu. konon

4. bila rindu, lelaki mudah sangat touching and anggap diri mereka diabaikan padahal korang sibuk dengan kerja harian. balas text lambat sikit nak majok. eh, korang banyak kerja la nak buat kat rumah ni. bukannya tak reply langsong kan??

5. dia akan stalk semua. dari gambar, facebook sampai ke twitter. da stalk banyak kali pon still tak lekang jugak mata dok tercongok depan lappy/fon semata-mata nak stalk korang.

sebenarnya lelaki dan perempuan sama je. bila hati antara dua bertaut, pasti rasa sayang tak dapt diluah and rindu tak dapat dibendung bila berjauhan. kebaikan apabila merindu ia akan menambahkan rasa sayang dan cinta dalam hati. pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu yang terpendam dalam hati.

sumber : www.blogammar.com edit by me

iela wookie


Saturday, 13 April 2013

macam mana nak tahu lelaki tu suka korang?


macam mana nak tahu that guy seriously suka kat korang?

1. dia akan call korang everynight without reasons.

2. dia tahu apa yang korang suka.

3. dia surely risau bila korang tengah sakit.

4. dia akan text korang all day long untuk borak benda-benda merapu.

5. dia pasti kenal kan korang kat kawan-kawan and family dia.

tapi..., kebanyakan lelaki adalah pelakon dan penipu kelas pertama. so, korang takkan tahu lelaki tu betul-betul suka kat korang or not. gud luck!


iela wookie