Saturday, 5 October 2013

10 Tips Memikat Hati Lelaki



still gagal mencari cinta dan boyfriend?? macam iela ni.. eh? 
iela nak share sikit tips pikat lelaki bagi korang2 yang single mingle nii.. hihi

1. always smile and jangan SOMBONG bila bercakap dengan lelaki. 
2. pandai masak adalah salah satu sebab paling utama lelaki mudah terpikat kat kita :D bagi yang tak pandai tu boleh start belajar dari sekarang! hehe
3. berperwatakan menarik mampu menarik minat diorang. just be yourself. jangan jadi orang lain.
4. be honest dan sentiasa merendah diri. 
5. lakukan apa yang dia suka and jangan sesekali buat apa yang dia tak suka!
6. mempunyai bentuk badan yang menarik? terpulang pada individu. (ni copy paste from other website taw. iela just edit sikit :))
7. mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. 
8. pandai dalam memainkan perwatakan seorang WANITA bila korang bersama dengan lelaki yang korang minat. 
9. jaga pemakaian korang. seksi atau tak terpulang pada lelaki yang korang minat tu.. 
10. jangan terlalu mengongkong. 


iela wookie


Friday, 10 May 2013

Tanda-Tanda Lelaki Demam Rindu



assalamualikum.. hari ni iela nak share tanda-tanda lelaki bila demam rindu. biasanya gurlz akan mempamerkan riak bila mereka rindu pada lelaki. tapi lelaki juga ada rasa rindu kat seseorang tapi dia pendam. apakah tanda-tanda lelaki sedang rindu??

1. bila lelaki rindu, mereka akan menghabiskan masa bersama korang.

2. dia mudah jelez even kedudukan dia sebagai "boyfriend" tak tergugat sebenarnya.

3. bila rindu, lelaki kadang-kadang mudah marah sebab tak sanggup tahan pedih merindu. konon

4. bila rindu, lelaki mudah sangat touching and anggap diri mereka diabaikan padahal korang sibuk dengan kerja harian. balas text lambat sikit nak majok. eh, korang banyak kerja la nak buat kat rumah ni. bukannya tak reply langsong kan??

5. dia akan stalk semua. dari gambar, facebook sampai ke twitter. da stalk banyak kali pon still tak lekang jugak mata dok tercongok depan lappy/fon semata-mata nak stalk korang.

sebenarnya lelaki dan perempuan sama je. bila hati antara dua bertaut, pasti rasa sayang tak dapt diluah and rindu tak dapat dibendung bila berjauhan. kebaikan apabila merindu ia akan menambahkan rasa sayang dan cinta dalam hati. pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu yang terpendam dalam hati.

sumber : www.blogammar.com edit by me

iela wookie


Saturday, 13 April 2013

macam mana nak tahu lelaki tu suka korang?


macam mana nak tahu that guy seriously suka kat korang?

1. dia akan call korang everynight without reasons.

2. dia tahu apa yang korang suka.

3. dia surely risau bila korang tengah sakit.

4. dia akan text korang all day long untuk borak benda-benda merapu.

5. dia pasti kenal kan korang kat kawan-kawan and family dia.

tapi..., kebanyakan lelaki adalah pelakon dan penipu kelas pertama. so, korang takkan tahu lelaki tu betul-betul suka kat korang or not. gud luck!


iela wookie

Thursday, 4 April 2013

10 jenis lelaki yang DANGEROUS



tips untuk perempuan. kene hati-hati dengan lelaki macam ni.

1. lelaki yang always said "abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius" amboiiiii.. dah 3 tahun berkepit sana sini, still belum bersedia ke?? ha.. ni lelaki yang tarak betoi punya. diorang nak flirt je, padahal korang belum ada dalam kamus hidup diorang.

2. lelaki yang call sms ikot suka hati diorang je.. eh ikot suka hati diorang je nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlukan dia bayang pon tak nampak.

3. lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. paham tak ayat tu?? ala, korang tak pernah ke pergi dinner berdue? jejalan berdua, tengok sunset berdua? kalau orang lain tengok sure ingat korang couple. padahal lelaki tak pikir pon tu dating. kepada perempuan, jangan keluar ke hulu ke hilir dengan lelaki sangat. jatuh saham nanti babe.

4. lelaki yang dah ada awek, tapi selalu call sms nak jumpa korang. oooo ni lelaki yang paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di malaya. lelaki jenis ni dah ada awek, tapi perempuan lain jugak dia nak bermesra. bila kantoi dengan awek, diorang cakap korang kawan je. takkan nak berkawan tak boleh?? amboii.. kalau tiap malam call time awek not around, mula la naik tocang. lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.

5. lelaki yang pikir apa yang diorang buat semua betul. aduhai, apa yang kita buat semua salah. dia je yang betul. diorang ni jenis penting diri sendiri dan dan takkan pikir perasaan orang sekeliling termasuklah korang.

6. lelaki yang always blurr. contoh, lelaki yang tak paham kehendak perempuan. even korang cakap terus terang pon dia ingat benda tu remeh temeh je. ambil ringan perasaan kita.

7. lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. kalau lah diorang tak reti nak paham kehendak sendiri. korang ingat diorang boleh paham korang?

8. lelaki yang selalu kacau korang, walaupon korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang. tak kira lah korang kerja ke apa ke. sikit sikit call sms, nak jumpa. mula mula korang rasa ok. tak lama nanti korang sure tak tahan. rimas and lemas.

9. lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekat dengan lelaki yang dikutuk. sah sah lelaki tu kuat jeles dan jangan terkejut, diorang ni jenis yang mengada ngada.

10. lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul kepada seorang perempuan. apa lagi korang harap? buat sakit jiwa je. nampak sangat lelaki ni jenis yang susah nak bahagia kan korang.


sumber : www.blogammar.com edit by me

  
iela wookie

Monday, 26 November 2012

24 ciri-ciri orang yang mencintai kamu



Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
source: tentang cinta 
 iela wookie