Saturday, 23 July 2011

Cara-cara Berhenti Merokok



Langkah-Langkah Untuk Berhenti Merokok 
  1. Keinginan Untuk Berhenti Merokok 
  • keinginan dalam diri untuk berhenti merokok 
  • jika tiada keinginan diri adalh sukar untuk berhenti kerana yang akan menentukan bukan orang lain tetapi diri sendiri 
    2.  Persedian Untuk Berhenti Merokok 
  • memahami bila dan kenapa anda merokok 
  • ubah kebiasaan merokok 
  • tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
    3.   Cara-cara Untuk Berhenti Merokok 
  • mulakan langkah pertama 
  • buat nota peringatan dan galakkan 
  • mulakan sedikit / kurangkan bilangan rokok 
  • fikir positive 
  • dapatkan sokongan 
  • lawan keinginan untuk merokok 
    4.  Kekalkan Status Bukan Perokok 
  • fikir positive 
  • lawan fikiran negative 
  • beri ganjaran kepada anda 
website yg boleh korang intai : http://www.jomberhentimerokok.com/

iela wookie

Wednesday, 20 July 2011

hilangkan jerawat

  • patahkan daun lidah buaya dan campur lendirnya bersama kuning telur. sapukan ke wajah sehingga kering. amalkan setiap pagi dan malam sehingga hilang. 
  • basuh muka dengan air suam yang dicampur dengan garam halus secukupnya. biarkan selama 1 minit dan kemudian basuh kembali dengan air suam. jerawat menjadi kering dan kemerahan pada muka semakin hilang. 
  • campur bedak sejuk dan asam jawa. selawat pada nabi 3 kali. sapukan di muka dan di tempat jerawat. insyaAllah , jerawat beransur hilang. 

Monday, 9 May 2011

singkirkan virus M

 









misi dan visi
 cth ;                                                                   
     tujuan aku adalah
     a. ...........................
     b. ...........................                                                     
     c. ...........................

tepuk tangan
 setiap kali berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan, tepuk tangan untuk diri sendiri. 

yakin boleh
 jangan terlalu merendah diri. selalu katakan yakin boleh. akhirnye kamu akan bersemangat untuk mencapai apa yang diimpikan... 

mengatur masa
 uruskan pelbagai perkara dalam satu masa. kesilapan mengatur masa punca utama kamu malas. 

rajin + usaha = bahagia
 selalu sematkan dalam fikiran rajin campur usaha sama dengan bahagia. 

puji diri
 jangan lupa untuk puji diri sendiri bila sudah singkirkan virus M. percayalah biarpun usaha yang kita lakukan agak kecil, tapi tetap membantu kamu kikiskan virus M. 

selamat mencuba ....



Sunday, 8 May 2011

10 ciri orang malas

  • sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan. 
  • sepanjang hidup kamu x pernah pergi mana-mana aktiviti gotong-royong dan lain-lain yang dianjurkan di tempat kerja, kolej atau disekeliling kediaman kamu. 
  • x pernah mengemas tempat tidur. 
  • separuh dari masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur. 
  • orang melihat kediaman kamu seperti tongkang pecah, tapi kamu melihatnya seperti istana indah. 
  • sekiranya orang lain bersedih bila gagal, tapi kamu sedikit pun tidak merasa sedih. bagi kamu, kegagalan itu satu kebiasaan dalam hidup kamu. 
  • cara kamu menutup kelemahan ialah selalu tampil cantik depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun x basuh. 
  • sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan, kononnya diet. 
  • setiep kali wajah kamu bila ke pejabat atau kolej x pernah ceria. asyik x de mood je. 
  • x pernah ade usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada hari ni sudah cukup dan terlalu selesa.

Wednesday, 4 May 2011

30 Perkara Wanita Perlu Tahu

wanita perlu tahu ....
  • lelaki suka kekasih yang suka bertolak ansur. 
  • kita tidak perlu terlalu cerewet dengan penampilan kita kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sederhana. 
  • ada lelaki yang mementingkan kesempurnaan dalam hidup. 
  • lelaki cepat tewas dengan air mata wanita. 
  • lelaki terpesona dengan wanita yang tahu menjaga maruah diri. 
  • sifat terpuji wanita adalah sentiasa berada di sisi pasangan tidak kira masa susah ataupun senang. 
  • ingin memiliki hatinya, kita perlu memiliki hati ibunya sekali. 
  • lelaki juga mempunyai hati dan perasaan. 
  • lelaki suka wanita yang kelakar. 
  • lelaki kagum dengan wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan. 
  • lelaki suka wanita yang murah hati dan baik hati. 
  • lelaki inginkan wanita yang berpenampilan menarik dan sesuai dengan citarasanya. 
  • lelaki impikan isteri yang tahu masak seba-sebi. bukan asyik beli di kedai makan sahaja. 
  • lelaki tidak suka kita memuji ketampanan dan kekacakan lelaki-lelaki lain di hadapannya. 
  • lelaki tidak suka kekasihnya bercerita perkara-perkara yang membosankan. 
  • lelaki tidak suka disamakan dengan orang lain sebab manusia ternyata lain antara satu sama lain. jangan berkata, "semua lelaki sama sahaja". ini menyakitkan hatinya. 
  • lelaki cepat menyampah dengan wanita yang suka berleter. 
  • lelaki cepat tercabar apabila kemampuan dirinya diperlekehkan oleh khalayak ramai. 
  • lelaki juga bersifat moody. oleh itu, kita perlu pandai mengambil hatinya. 
  • ramai lelaki yang tidak suka wanita yang suka mengumpat. 
  • lelaki cepat bosan dengan sifat manja wanita yang keterlaluan. 
  • lelaki tidak berselera dengan wanita yang bersepah biliknya dan tidak berkemas. 
  • lelaki mana yang inginkan wanita merokok ? 
  • lelaki akan meninggalkan wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya. 
  • lelaki kerap kecewa dengan wanita yang sukar membuat keputusan terutama dalam hal berkaitan hubungan cinta jangka panjang iaitu perkahwinan. 
  • lelaki tidak suka dipaksa. oleh itu, biarkan dia membuat keputusannya. 
  • lelaki berahsia dengan lelaki lain. sukar berkongsi masalah, harapan dan masalah peribadi. bagi mereka ia rahsia individu. 
  • lelaki pentingkan kejujuran. dia mahukan pasangannya segala rahsia perhubungannya. 
  • lelaki tidak suka dikritik. lelaki tidak begitu terbuka bagi menerima kritikan. 
  • lelaki akan menjadi sahabat kita paling baik jika kita menjadikannya sahabat yang paling baik                                                                                                                                                                                         sumber diperolehi daripada sebuah buku . dikarang oleh Ahmad Yusof Ibrahim :)