Wednesday 4 May 2011

30 Perkara Wanita Perlu Tahu

wanita perlu tahu ....
  • lelaki suka kekasih yang suka bertolak ansur. 
  • kita tidak perlu terlalu cerewet dengan penampilan kita kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sederhana. 
  • ada lelaki yang mementingkan kesempurnaan dalam hidup. 
  • lelaki cepat tewas dengan air mata wanita. 
  • lelaki terpesona dengan wanita yang tahu menjaga maruah diri. 
  • sifat terpuji wanita adalah sentiasa berada di sisi pasangan tidak kira masa susah ataupun senang. 
  • ingin memiliki hatinya, kita perlu memiliki hati ibunya sekali. 
  • lelaki juga mempunyai hati dan perasaan. 
  • lelaki suka wanita yang kelakar. 
  • lelaki kagum dengan wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan. 
  • lelaki suka wanita yang murah hati dan baik hati. 
  • lelaki inginkan wanita yang berpenampilan menarik dan sesuai dengan citarasanya. 
  • lelaki impikan isteri yang tahu masak seba-sebi. bukan asyik beli di kedai makan sahaja. 
  • lelaki tidak suka kita memuji ketampanan dan kekacakan lelaki-lelaki lain di hadapannya. 
  • lelaki tidak suka kekasihnya bercerita perkara-perkara yang membosankan. 
  • lelaki tidak suka disamakan dengan orang lain sebab manusia ternyata lain antara satu sama lain. jangan berkata, "semua lelaki sama sahaja". ini menyakitkan hatinya. 
  • lelaki cepat menyampah dengan wanita yang suka berleter. 
  • lelaki cepat tercabar apabila kemampuan dirinya diperlekehkan oleh khalayak ramai. 
  • lelaki juga bersifat moody. oleh itu, kita perlu pandai mengambil hatinya. 
  • ramai lelaki yang tidak suka wanita yang suka mengumpat. 
  • lelaki cepat bosan dengan sifat manja wanita yang keterlaluan. 
  • lelaki tidak berselera dengan wanita yang bersepah biliknya dan tidak berkemas. 
  • lelaki mana yang inginkan wanita merokok ? 
  • lelaki akan meninggalkan wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya. 
  • lelaki kerap kecewa dengan wanita yang sukar membuat keputusan terutama dalam hal berkaitan hubungan cinta jangka panjang iaitu perkahwinan. 
  • lelaki tidak suka dipaksa. oleh itu, biarkan dia membuat keputusannya. 
  • lelaki berahsia dengan lelaki lain. sukar berkongsi masalah, harapan dan masalah peribadi. bagi mereka ia rahsia individu. 
  • lelaki pentingkan kejujuran. dia mahukan pasangannya segala rahsia perhubungannya. 
  • lelaki tidak suka dikritik. lelaki tidak begitu terbuka bagi menerima kritikan. 
  • lelaki akan menjadi sahabat kita paling baik jika kita menjadikannya sahabat yang paling baik                                                                                                                                                                                         sumber diperolehi daripada sebuah buku . dikarang oleh Ahmad Yusof Ibrahim :)        

No comments:

Post a Comment