Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



//FadzilahSazali
D'Owner!



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Do follow and like my facebook page! Be nice here ^^ Gomawoyo!



Like!



Jom Sembang!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Fadzilah Sazali
Others:   






Instagram

Belajar Bersyukur!


Ada orang diaugerahkan dengan ketinggian yang ideal. Ada juga yang merasa diri ini terlalu rendah seakan akan tidak mensyukuri pinjaman sementara di dunia ni.

Pelikkan post entri aku kali ni. Aku cuma nak share sewaktu aku digelar budak kecik di sekolah dulu. Tapi Alhamdulillah aku bukan budak kecik yang dulu. Nak kata tergolong dalam golongan budak yang tinggi sekarang ni jauh sekalilah makcik. Setakat 157cm. Berangan nak jadi model tinggi macam Lee Sung Kyung. Tapi aku masih bersyukur dengan ketinggian aku sekarang. Sebab dulu aku memang seorang yang sangat sangat rendah.

Nak cerita masa zaman sekolah dulu yang hampir dekat sepuluh tahun berlalu memang agak mencabar dek akal memori yang layu ni. Tapi apa yang buat aku rasa macam nak share benda ni sebab aku tak pernah lupa pada yang Maha Pemberi. Aku selalu meminta kepadaNya dalam setiap solat aku, doa aku dan hajat yang agak mengarut bagi orang lain. Tapi bagi aku, kalau di izinkan, tiada yang mustahil. AKU NAK TINGGI. Mengarut gilakan?? Tapi apakan daya, itulah hajat seorang hamba yang dikurniakan dengan ketinggian yang rendah. Betul tak awak awak yang rendah tu? Yess.. Impian kot. Bila tinggi pakai apa je nampak cantik. Lawaaa.. Manusia kan? Nak kejar kecantikan dunia je. Tapi tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak pernah nak melihat atau menilai orang lain yang kurang daripada kita.

Tapi ceritanya aku seorang yang comot. Maklumlah budak sekolah. Aku takda kakak nak dijadikan contoh untuk berdandan atau solek cantik macam retis. Budak zaman sekarang je bajet bajet hot insta femes. Terasa diri ini potato sangat. Sebab utama aku nak tinggi bukanlah untuk mengejar kecantikan. Aku tak pernah terfikir nak jadi tinggi sebab nak cantik. Pakai baju pon selalu terbalik. Ni kan nak cantik. Aku cuma penat jadi rendah. Penat dengan orang sekeliling yang menganggap "kau tu dah lah pendek" adalah satu gurauan. Sebenarnya bukanlah bergurau dengan aku pon. Orang lain.. Dah kenapa nak terasakan? Yelahh aku ni pendek. Haa sentap! Sentap! Memang orang akan bergurau dengan fizikal seseorang. Walaupon tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa. Pendek tu kan comel. So chill lah sistur!

Bukan tidak bersyukur. Malah aku tak pernah mempersoalkan kenapa aku dilahirkan dengan fizikal yang rendah. Ada orang tidak sempurna fizikalnya tapi masih sempurna segala amalannya. Benda tu yang sepatutnya kita irikan. Bukan kesempurnaan seseorang yang kita lihat hanya dari mata kasar ni sahaja. Betul tak?

Nak gambarkan betapa keciknya aku dulu masa form 1 sampailah form 4 tak silap. Kalau beratur masa perhimpunan pagi sekolah orang yang beratur paling depan akulah tu. Nak borak jadi makcik bawang kejap dengan orang belakang pon susah. Ada je mata mata pengajar yang memerhati dari depan. Lagi lagi cikgu disiplin. Meh aku share sikit benda yang paling comel sekali bila kau seorang yang rendah.

Situasi pertama; Perpustakaan. Macam menarik je buku paling atas susunan rak ni. Kenapa buku yang paling menarik perhatian mata dan hati ni berada di atas? Dunia seakan akan sengaja mengejek aku. Pandang kiri dan kanan. Ok clear! Kaki halus milik aku memulakan tugasnya dengan memanjat rak di bawah seperti tangga dan mencapai buku yang dihajati. Mission accomplish! Yang pendek ni mesti pernah buat. Mengaku cepat! Yang ni fakta bukan auta. Aku seorang pustakawan masa form 2. Hahahaha

Situasi kedua; Papan hitam/putih. Kau rasa budak pendek ni pernah ke padam papan hitam/putih kat depan kelas? Kecuali segala contengan dan juga seni yang ada berada pada paras yang bersesuaian. Bukan nak kata semua manusia yang rendah ni tidak pernah membersihkan papan hitam/putih kat sekolah. Pembetulan! Pernah okey. Malah mereka mereka inilah antara orang yang begitu struggle dan bersungguh sungguh membersihkan papan hitam/putih dengan melompat lompat seperti mario kat depan kelas. Comel tak comel?


Aku taknak menceritakan kisah aku atau dunia aku kat sini. Bukan orang suka baca pon 😪. Sekadar perkongsian buat pembaca yang sudi membaca sehingga ke perenggan akhir. Aku bersyukur dengan kurniaan yang Tuhan beri pada aku. Semua yang kita miliki di dunia ini hanya sementara. Pinjaman yang tidak akan kekal. Jadi bersyukurlah atas pemberian dariNya yang mungkin di mata kita rasa tidak begitu sempurna atau memuaskan. Asyik membandingkan diri kita dengan orang yang memiliki anugerah lebih daripada kita. Tapi kita tidak pernah terlintas untuk mengambil sedikit perbandingan dengan hamba yang kurang fizikalnya. Aku tiada niat untuk mengajar atau memberi nasihat kerana aku banyak kekurangan. Cuma perkongsian untuk belajar bersyukur dan memberi peringatan kepada orang lain dan tak lupa untuk diri aku sendiri. Manusia mudah lupa begitu juga aku.

Fadzilah Sazali